si pembace

Monday, July 11, 2011

jalan aku

dan esok jadual ku bermula pada jam 7 pagi..harap nya rezeki aku memang disini
semoge akan menjadi satu permulaan yang baik untuk aku mencari sinar baru

pengalaman mengajar aku erti kehidupan
mengajar aku erti mencari dan menghargai rezeki barangkali istilah yang lebih tepat untuk aku..
mengajar aku bagaimana bernilainya setitik usaha dan betape kecewanya bila usaha tidak dihargai

hari ini , detik ini aku menulis entri ini bukan sebagai orang yang gagal
tapi mungkin sebagai orang yang kecewa barangkali
usaha aku untuk berdikari tidak menjadi
harapnya ade peluang kedua yang akan mendatangkan hasil

bukan mudah untuk berdiri di atas kaki sendiri..dan untuk kali ini aku terjatuh
ya! aku terjatuh tersungkur..
bukan jatuh kerana songelku yang menyusahkan
tapi jatuh kerana sudah tertulis
bahawa rezeki aku bukannya disini dan aku akur akan kehendak itu

maka dengan kudrat yang aku ada aku bangkit kembali
bangkit untuk mencari semula sinar dalam hidupku
sinar yang kian pudar dan kelam
sepertimana hari siang akan malam

seperti jua lagu yang sering didendangkan dikotak radio
"tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan"
(lagu pokok-hazama ft MUH)
perlahan-lahan aku kembali merangkak
bercita-cita memanjat dinding memecah tembok

merangkak aku hari ini masih juga ditemani keluarga
syukur alhamdulillah mereka yang paling berharga masih ada
yang banyak mengajar supaya berdiri dengan ape yang ada
walau hanya berdiri dengan tulang empat kerat dan semangat dijiwa

semoge esoknye aku kental
semoge esoknya aku kuat
semoge betul jalan yang aku pilih kali ini
hanya doa yang mampu diiringi kini




jam sebelas tigapuluh minit malam , sebelas julai duaribusebelas
risau tentang esok.
kecewa tentang hari ini dan semalam

semoge ade bahagian rezeki aku untuk kali ini
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment