mengajar tentang erti kesabaran
mengajar situasi apabila berada dibawah
mengajar juga mengawal emosi
mungkin takdir ini mahu aku berhati-hati
supaya hati tidak riak
akal tidak bongkak
diri tidak berlagak
ya ! takdir datang dengan putaran
yang pertamanya aku terima dengan senang hati
rezeki datang melimpah-limpah
tanpa aku sedari boleh menbunuh diri
ya kita harus percaya pada takdir
hidup ini umpama roda
penuh dengan putaran
yang berputar tanpa henti
ada kala kita dibawah
ada kala kita diatas..
namun kurase rodaku tidak pernah sempat ke atas
mungkin agak berat barangkali
percaya atau tidak
tiap kali roda ku hampir keatas
aku pasti terjunam jatuh kebawah
itulah aku
ya ! dan ini takdir aku
aku hampir terjatuh sekali lagi
dan sekarang ini aku belajar lagi
mengawal emosi
mengawal situasi
mungkin aku akan dapat mengatasi
kerana ini takdirku
dan perlu aku lalui takdir ini
hingga aku ketemu takdir yang lain nanti
semoga takdir yang akan datang
dapat memberi sinar bahagia padaku
kerana pada fikiran ku
aku juga layak menatang bahagia yang datang

No comments:
Post a Comment